Kenapa bila tengok orang buat video di TikTok nampak menarik.
Tapi bila kita buat tak best.
Rasa cepat bosan.

Kekuatan video TikTok terletak kepada 3 perkara:

  1. Skrip
  2. Kandungan video
  3. Teknik shooting

Kali ini saya nak kongsi perkara no 3 dulu.
Sebab ini yang tak ramai orang cerita.

Selepas anda baca tulisan ini,
buka TikTok dan tengok betul atau tidak.

Sudah sedia?

Teknik shooting = cara mengambil video atau gambar

Apabila anda kuasai kemahiran ini,
video anda tak bosan.
Rasa tak puas.

Ada 6 cara ambil video.

#1 Zoom In and Out

Gunakan kamera. Fokus ke hadapan atau ke belakang.
Kamera tidak bergerak.

#2 Dolly In and Out

Nampak macam zoom ini dan zoom out kan?

Ada beza. Dalam teknik Dolly,
pemegang kamera yang bergerak.

Dalam teknik Zoom, pemegang kamera tak bergerak.

#3 Pan Right and Left

Teknik ini biasa digunakan untuk transisi.
Setkan satu objek fokus yang bertindak sebagai frame.

Apabila gerakan ke kiri atau ke kanan berlaku,
frame itu sebagai tanda. (perhatikan gambar pokok)

#4 Truck Right and Left

Perbezaan antara truck vs pan adalah subjek.

Dalam truck, memang perubahan yang berlaku adalah total.
Tidak ada subjek yang bertindak sebagai garisan frame.

#5 Tilt Up and Down

Ini pun antara teknik yang banyak digunakan untuk transisi.
Gerakkan ke bawah atau ke atas.

#6 Pedestal Up and Down

Perhatikan subjek utama.
Apabila kame dialihkan ke atas,
subjek utama masih kelihatan,
ada 3/4 lagi.

Cara Penggunaan Shot Motion

Dalam satu video, anda boleh gabungkan kesemua shot style ini.
Video nampak lebih lancar dan menarik.

Sekarang cuba buka TikTok dan kenal pasti jenis shot style.